Didenda 500 euro kerana kentut terlalu kuat

VIENNA, 17 JUN – Polis Austria mendenda seorang lelaki 500 euro kerana kentut terlampau kuat ketika ditahan untuk pemeriksaan.

Polis mempertahankan jumlah denda berkenaan dengan mendakwa lelaki itu sengaja berbuat demikian ketika bangun dari bangku tempat dia duduk sebelum itu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mengadu denda yang disifatkannya sebagai tidak adil kepada portal berita, O24.

Namun, polis Austria menerusi reaksi di Twitter berhubung perkara itu menegaskan bahawa lelaki terbabit tidak memberi kerjasama ketika pemeriksaan.

Lelaki berkenaan dikatakan mengangkat punggungnya sedikit dari bangku, memandang ke arah polis, sebelum tiba-tiba kentut dengan amat kuat.

Polis berkata jika tidak berpuas hati, lelaki terbabit boleh mencabar denda itu menerusi prosedur undang-undang. – AFP