Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Didenda $5,000 gagal fail penyata cukai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Sebuah syarikat tempatan telah didenda $5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas pengarahnya mengaku bersalah gagal memfailkan butiran penyata cukai pendapatannya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor ‘Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mendedahkan bahawa syarikat penjual permaidani gagal mengemukakan penyata cukai pendapatannya kepada Pemungut Cukai Pendapatan bagi tahun perniagaan yang berakhir pada 31 Disember 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengendalikan kes itu manakala syarikat defendan diwakili Peguam Mohd Shazale Mat Salleh dari firmanya sendiri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...