Didenda $5,000 gagal kemukakan cukai pendapatan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Mahkamah Majistret memerintahkan Syarikat Haji Azahari Sdn Bhd untuk membayar denda $5,000 setelah disabitkan kesalahan selepas perbicaraan kerana gagal mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan tahunannya.

Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof memutuskan denda itu selepas pihak pendakwa berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah, dengan memanggil dua saksi dari Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Bahagian Hasil. Syarikat itu didapati gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan yang berakhir pada 31 Disember 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.