Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Didenda $6,272 miliki cecair vape

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Seorang wanita tempatan yang memiliki cecair vape dalam keretanya di tempat letak kereta di Jerudong Park telah diarah membayar denda $6,272 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Majistret Syafiq bin Haji Zakaria memerintahkan Siti Nurul Syafiqah binti Abdullah, 29 tahun, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu selepas dia mengaku bersalah memiliki 84 pod vape dan rokok elektronik, serta hasil tunai daripada jualan barangan seludup tersebut.

    Pendakwa kastam memaklumkan kepada mahkamah pegawai pencegahan kastam memeriksa kereta defendan pada 30 Mei. Pegawai juga merampas $445 hasil kutipan defendan daripada penjualan barang seludup itu.

    Mahkamah mengarahkan wang tunai itu dirampas dan barang-barang tersebut dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -