Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Didenda $7,000 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Seorang lelaki tempatan yang memiliki rokok seludup di rumah diarah untuk membayar denda $7,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Sufian bin Shahdan, 47, menjalani hukuman penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda selepas dia mengaku bersalah memiliki lapan karton dan tujuh paket rokok secara haram di rumahnya di STKRJ Kampung Mumong.

    Pendakwa raya memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai kastam yang memeriksa rumah defendan pada 4:53 petang, 6 Disember 2021 dan telah menemui rokok tersebut.

    Mahkamah turut memerintahkan rokok yang dirampas itu untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...