Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Didenda $7,200 simpan rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 50 tahun yang menyimpan rokok seludup di kuartersnya diperintahkan untuk menjelaskan denda $7,200 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni memerintahkan Abdul Hoque Faraji menjalani hukuman penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda tersebut selepas dia mengaku bersalah memiliki sembilan karton rokok yang tidak diisytiharkan di kuartersnya di Kuala Balai, Daerah Belait.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai pencegah kastam yang menjalankan operasi dengan agensi lain menemui rokok tersebut semasa pemeriksaan yang dilakukan pada pukul 11:35 malam 12 Julai lalu.

    Mahkamah memerintahkan agar kesemua rokok yang dirampas itu dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...