Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda buang masa hakim, bantah gambar Modi

    NEW DELHI, 21 DIS – Seorang lelaki India dihadapkan ke mahkamah kerana mengadu mengenai Perdana Menteri Narendra Modi yang mempromosikan dirinya sebagai wajah kempen vaksinasi COVID-19 negara itu – namun dikenakan denda kerana membuang masa hakim.

    Pemimpin nasionalis Hindu itu sudah menjadi fokus pengiklanan besar-besaran bagi kejayaan kerajaannya memerangi pandemik, meskipun hampir 500,000 rakyat India mati ke-rana COVID-19.

    Kempen itu menjadi tumpuan kritikan meluas ke atas kerajaannya sejak pandemik bermula, dengan pembangkang melahirkan sindiran pedas, mencadangkan wajahnya juga sepatutnya dicetak pada sijil kematian mangsa virus.

    Lelaki India dihadapkan di mahkamah, Peter Myaliparampil dari negeri selatan, Kerala, membantah menggunakan gambar Modi dicetak pada sijil vaksinnya. Dia memberitahu mahkamah bahawa kempen inokulasi India berisiko menjadi ‘satu kempen media’ memanfaatkan Modi.

    Dalam petisyennya, Myaliparampil mengatakan dia sudah pun membayar vaksinnya sendiri dan imej Modi pada sijilnya ‘tidak berfaedah atau relevan.’

    Namun Mahkamah Tinggi Kerala menggugurkan kes itu, mengatakan ia bermotifkan politik dan mendendanya 100,000 rupee (AS$1,322) kerana membuang masanya. – AFP

    Gambar fail 21 Oktober menunjukkan wajah Modi pada Boeing SpiceJet semasa meraikan suntikan vaksin mencecah 1 bilion di New Delhi. Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana meminta gambar Modi dikeluarkan dari sijil vaksinnya, sebaliknya dia didenda kerana membuang masa mahkamah. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda