Didenda buang puntung rokok

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Mahkamah Majistret, di sini, baru-baru ini, telah menjatuhkan denda $250 terhadap seorang lelaki tempatan yang mengaku salah membuang puntung rokok di tempat awam.

Ashari bin Ja’afar, 51, berdepan penjara seminggu jika tidak membayar denda yang dikenakan. Mahkamah memberi tempoh enam bulan kepada defendan untuk membayar denda berkenaan.

Defendan membuang puntung rokok dekat tapak lama Tamu Kianggeh pada 10:52 pagi, 12 Ogos 2018, satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Seksyen 12 (1) (a) Penggal Bab 30.