Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Didenda buang sampah di tempat awam

    Oleh Sim Y. H. & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Seorang individu telah dikeluarkan denda kompaun sebanyak $300 kerana melakukan kesalahan mencampak dan meninggalkan sisa buangan di tempat awam berdekatan dengan Tanah Perkuburan Orang Islam An-Na’em, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
    (JASTRe), Kementerian Pembangunan di sini, individu berkenaan melakukan kesalahan di bawah Bab 12 (1)(e) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, Penggal 30.

    Sementara itu, di Daerah Tutong, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong telah mengeluarkan denda kompaun berjumlah $500 terhadap sebuah syarikat atas kesalahan membuang sampah di tempat awam.

    Menurut jabatan tersebut, syarikat veterinar di Bangunan Seri Petani Jaya, Kampung Sengkarai itu telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021.

    Individu dan syarikat berkenaan berkenaan diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan dan jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan, mana-mana individu, orang awam atau syarikat terus diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Gambar menunjukkan seorang individu mencampakkan sampah di tempat awam berdekatan dengan Tanah Perkuburan Orang Islam An-Na’em. – Gambar serahan JASTRe
    Sampah yang dibuang di kawasan awam oleh syarikat veterinar di Daerah Tutong. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...