Didenda gagal kemukakan butiran cukai

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Dua buah syarikat tempatan telah diarahkan untuk membayar denda selepas para pengarahnya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kegagalan mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan.

Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman denda $5,000 terhadap Gardenia Food Industries Sdn Bhd kerana gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan kepada pengutip cukai pendapatan bagi tahun perniagaan berakhir 31 Disember 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017. Mahkamah juga menjatuhkan denda $5,000 ke atas Seribangsa Construction & Merchandise Company Sdn Bhd kerana gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan bagi tahun perniagaan yang berakhir 31 Disember 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Dalam kes berkenaan, pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya ‘Adzimah Salleh.