Didenda kerana mencium bola

QUITO, 1 SEPT – Seorang pemain bola sepak di Ecuador didenda AS$1,200 hari ini kerana mencium bola yang melanggar peraturan kebersihan dalam memerangi COVID-19.

Pemain tengah Argentina, Sergio Lopez, yang bermain untuk kelab Aucas di Quito dalam Liga Pro di negara itu, menjadi pemain pertama didenda di bawah peraturan baharu, setelah meraikan kemenangan pasukannya 1-0 ke atas Macara pada Jumaat lalu.

Jawatankuasa tatatertib liga mengatakan Lopez diberi denda kerana mencium bola.

Rangkaian peraturan baharu telah diperkenalkan di perlawanan liga, yang kembali pada bulan Ogos setelah ditangguhkan selama lima bulan kerana wabak tersebut.

Lima pemain lain juga didenda AS$1,200 kerana menukar baju, yang juga dilarang, dalam pertandingan pada 16 Ogos.

Ecuador telah mencatatkan 114,000 kes dan hampir 6,600 kematian disebabkan oleh COVID-19.

Pihak berkuasa juga telah melaporkan sekitar 3,700 kematian tambahan mungkin disebabkan oleh virus tersebut. – AFP