Didi berdepan denda berat selepas disenarai di bursa saham AS

BEIJING, 23 JULAI – Badan pengawal selia China bakal mengenakan hukuman lebih berat ke atas syarikat perjalanan Didi Chixing, beberapa minggu selepas disenaraikan di bursa saham New York, menurut satu laporan.

Meskipun dihalang oleh China, Didi pada 30 Jun meneruskan dengan penyenaraiannya di New York, dengan saham meningkat 10 peratus. Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Beijing mengumumkan satu siasatan dalam syarikat itu memetik kebimbangan keselamatan siber, dan mengarah aplikasinya dikeluarkan dari kedai. Tindakan itu menyebabkan saham firma merosot dan menimbulkan kebimbangan mengenai prospek perniagaannya.

Masalahnya bertambah buruk pada awal bulan ini apabila pegawai dari tujuh pejabat, termasuk kementerian keselamatan awam, dihantar ke firma untuk siasatan keselamatan siber. – AFP

Gambar fail menunjukkan logo syarikat Didi Chuxing di ibu pejabatnya di Beijing. Badan pengawal selia bakal mengenakan denda lebih teruk daripada Alibaba ke atas Didi beberapa minggu selepas disenaraikan di bursa saham New York. – AFP