Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didi Chuxing dilarang terima pelanggan baharu

    BEIJING, 5 JULAI – Perkhidmatan perjalanan Didi Global Inc., yang disenaraikan di bursa saham Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, semalam diarahkan oleh badan pengawal selia China supaya mengeluarkan aplikasinya dari kedai dalam talian sementara syarikat membaik pulih pengendalian data pelanggannya.

    Puluhan media sosial dan syarikat e-dagang telah diberitahu supaya mengendali maklumat pelanggan dengan lebih teliti ketika Parti Komunis memperketat kawalan ke atas industri berpengaruh mereka. Sesetengahnya telah diberitahu supaya mengumpul maklumat yang kurang.

    Satu siasatan mendapati ‘pencabulan serius’ dalam cara Didi mengumpul dan menggunakan maklumat peri-badi, umum Pentadbiran Ruang Siber China. Satu kenyataan berkata syarikat itu diberitahu supaya ‘menyelesaikan masalah berkenaan’ namun tidak memberikan butiran lanjut.

    Didi berkata ia akan ‘mematuhi’ tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Kenyataan yang disiar di laman media sosial berkata pelanggan yang memuat turun aplikasi Didi sebelum arahan semalam boleh terus menggunakannya seperti biasa.

    Saham Didi merosot 5.3 peratus pada Jumaat selepas Pentadbiran Ruang Siber China mengumumkan siasatan itu. Agensi berkata Didi dilarang daripada menerima pelanggan baharu sehingga siasatan selesai.

    Didi berjaya mengumpul AS$4 bilion dari pelabur dalam tawaran saham di bursa saham New York.

    Syarikat itu ditubuhkan pada 2012 sebagai aplikasi perkhidmatan teksi dan telah berkembang kepada opsyen perkongsian perjalanan lain termasuk kereta dan bas persendirian. Ia berkata ia juga melabur dalam kereta elektrik, kecerdasan buatan dan pembangunan teknologi lain. – AP

    Gambar fail menunjukkan orang awam berjalan melintasi papan tanda untuk perkhidmatan perkongsian perjalanan China, Didi Chuxing pada Persidangan Internet Mudah Alih Global di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda