Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didi kembangkan sayap

    MELBOURNE, 25 Jun – Perkhidmatan perkongsian perjalanan China, Didi telah meningkatkan usaha mereka bagi memperkembangkan perniagaan di peringkat global, dengan menyertai pesaing lain seperti Uber, Taxify dan Ola dalam pasaran teksi Australia di Melbourne, hari ini.

    Didi Chuxing menjadi platform perjalanan mudah alih yang terkemuka di dunia dengan lebih 450 juta pengguna dan kini berusaha untuk menyaingi syarikat pengangkutan gergasi Amerika, Uber.

    Firma yang berpangkalan di Beijing itu dilancarkan di Mexico tahun ini dan memasuki pasaran Brazil ketika membeli 99 teksi.

    Ia juga berkongsi dengan syarikat pengangkutan lainnya yang meliputi lebih dari 1,000 bandar di seluruh dunia.

    “Kemasukan Didi ke Australia menandakan satu peristiwa baharu dalam jangkauannya kepada masyarakat global,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Jian Lu dari perkhidmatan perkongsian perjalanan China, Didi menunjukkan aplikasi Didi pada telefon pintarnya di Melbourne kelmarin. Didi telah meningkatkan usaha mereka bagi memperkembangkan perniagaan dalam peringkat global.– AFP

    Didi tahun lepas menjadi syarikat permulaan yang paling bernilai di Asia kini bersaing secara sengit dengan Uber dalam pasaran yang semakin meningkat.

    Firma Amerika Syarikat menjual operasinya di China pada 2016 sebagai tindak balas kepada kepentingan dalam perniagaan Didi, yang mengatakan ia mempunyai lebih 21 juta pemandu dalam platformnya di seluruh dunia.

    Uber juga telah berundur dari Asia Tenggara, menjual perniagaannya di rantau ini pada Mac untuk menyaingi Grab yang berpangkalan di Singapura. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda