Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Didie kumpul derma peminat Singapura untuk Nad

    Artis komedi dan pengacara, Didie Alias menyerahkan wang sumbangan peminat kepada wakil Masjid Al Mustaqim, Taman Putra Ampang, semalam untuk bacaan doa selamat buat pelakon, Nad Zainal.

    Menerusi hantaran dalam Instagram, Didie, 50, atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali menjelaskan wang sumbangan berjumlah RM8,658.42 itu adalah hasil kutipan daripada acara Vaultfest Singapore yang dianjurkan, baru-baru ini.

    “Alhamdulillah, syukur dapat serahkan duit sumbangan peminat saya dan Nad pada acara Vaultfest Singapore.

    “Saya serahkan kepada wakil Masjid Al Mustaqim dan anak-anak tahfiz untuk bacaan doa selamat buat Nanad (Nad Zainal),” tulisnya.

    Pada masa sama, Didie mendoakan kesembuhan Nad yang sudah lebih dua minggu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Ampang akibat masalah paru-paru.

    “Semoga Nanad kuat dan cepat sembuh untuk bersama anak-anak, keluarga dan peminat.

    “Terima kasih Yanz dan Roslan Shah yang membantu untuk membuat kutipan. Hanya Allah yang membalas niat murni kalian.

    “Sama-sama kita mendoakan semoga Farah Nadia (Nad) cepat sembuh. Kami rindu kamu,” tulisnya.

    Terdahulu, Nad dilaporkan mengalami masalah paru-paru berdarah sehingga terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang masih lemah dan belum stabil. – Agensi

    Nad masih lagi ditidurkan disebabkan paru-paru belum cukup kuat, sejak dua minggu lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...