Didik fikiran positif terima ujian

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Dengan hasrat untuk sama-sama mendidik hati dan fikiran positif bahawa setiap ujian itu sebagai salah satu tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambaNya, Bahagian Kaunseling Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Pusat Reintegrasi telah mengadakan tazkirah berjudul ‘Peradianku, Sebalik Ujian ada Hikmah’ secara maya, baru-baru ini.

Tazkirah di bawah program usrah (after care) yang disertai oleh rakan strategik dan para peserta program rakan seliaan itu telah disampaikan oleh Haji Badaruddin bin Haji Basar.

Dalam pada itu, acara turut diserikan dengan bacaan Surah Yasin dan doa perlindungan bagi sama-sama membersihkan hati demi memohon kepada Allah SWT supaya rakyat dan penduduk dan Negara Brunei Darussalam terselamat daripada wabak COVID-19 dan khususnya bagi ahli keluarga dan pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa melawan ujian mereka dengan iringan doa semoga mereka dikurniakan kesihatan yang lebih baik.

Semasa berlangsungnya tazkirah berjudul ‘Peradianku, Sebalik Ujian ada Hikmah’ secara maya, baru-baru ini. – Gambar serahan Bahagian Kaunseling PDI.