Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Dengan hasrat untuk membantu meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan dan mengetengahkan kesedaran mengenai golongan yang memerlukan, enam orang pegawai kerajaan di bawah Program Eksekutif Muda yang dianjurkan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA) melaksanakan Projek Kisah Kasih sebagai projek khidmat masyarakat mereka di bawah program berkenaan.
Menurut wakil kumpulan berkenaan, Abang Muhammad Masrur bin Abang Zainuddin, projek itu juga dihasratkan untuk memperkasakan golongan yang kurang berkemampuan berkenaan untuk meningkatkan standard kehidupan mereka dan menjadi lebih berdikari serta untuk kurang bergantung pada bantuan semata-mata.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)