Diego Costa didenda elak cukai

MADRID, 5 JUN – Penyerang Atletico Madrid, Diego Costa perlu membayar denda sebanyak 543,000 euro (AS$608,000) setelah mengaku bersalah kerana menipu pihak berkuasa cukai Sepanyol lebih dari satu juta euro, kata sumber kehakiman kelmarin.

Costa, 31, dijatuhi hukuman enam bulan penjara, tetapi beliau bersetuju untuk membayar denda tambahan sebanyak 36,000 euro di atas denda awalnya untuk mengelakkannya dipenjara, seperti biasa di Sepanyol hukuman penjara di bawah dua tahun khusus bagi bukan kes keganasan jenayah.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu dituduh gagal mengisytiharkan pembayaran berjumlah lebih dari 5.15 juta euro semasa perpindahannya ke Chelsea pada tahun 2014.

Dia juga menyembunyikan lebih dari satu juta euro dalam hak penggambaran.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu pada tahun lalu membayar 1.14 juta euro, membayar hutang cukainya, termasuk faedah, menurut AFP. Costa, yang kembali menyertai Atletico pada tahun 2017, muncul di mahkamah pengadilan Madrid kelmarin dengan memakai penutup mulut dan hidung bagi menghindari daripada penularan pandemik COVID-19, untuk pendengaran kes menyelesaikan perjanjian dengan pendakwa raya. – AFP

Reaksi Diego Costa ketika perlawanan yang lalu. Costa perlu membayar denda sebanyak AS$608,000 setelah mengaku bersalah kerana menipu pihak berkuasa cukai Sepanyol. – AP