Dier berdepan dengan penggantungan

LONDON, 24 APRIL – Pemain tengah Tottenham, Eric Dier telah menerima hukuman dari Persatuan Bolasepak England kerana pergi ke tempat duduk peminat dan berkonfrontasi dengan peminat selepas Spurs tersingkir di Piala FA ketika menentang Norwich.

Pemain kebangsaan Engalnd mungkin berdepan dengan penggantungan yang panjang kerana menuju ke tempat duduk peminat untuk masuk campur apabila dia melihat adiknya bertengkar dengan seorang peminat di Stadium Tottenham Hotspur.

“Ia didakwa bahawa tindakan pemain tengah Tottenham Hotspur pada akhir perlawanan Piala FA Emirates menentang Norwich City FC hari Rabu 4 Mac 2020 adalah tidak wajar dan memberi ancaman,” kenyataan dari FA.

“Eric Dier mempunyai hingga hari Jumaat 8 Mei 2020 untuk memberi respon.”

Pengurus Tottenham Jose Mourinho telah memberikan sokongan sepenuhnya terhadap pemainnya selepas insiden tersebut dan berkata dia berharap Dier tidak akan dikenakan sebarang penggantungan. – AFP

Eric Dier berdepan dengan hukuman penggantungan yang panjang setelah insiden konfrontasi dengan peminat ketika menentang Norwich dalam Piala FA. – Agensi