DARWIN, Australia, 27 April – Anggota bomba Fi yang berusaha memadamkan satu kebakaran di sebuah rumah di bandar tropika Australia Darwin hari ini menghadapi gangguan tambahan kerana diperhatikan oleh buaya peliharaan sepanjang 4 meter.
Kebakaran memusnahkan rumah dua tingkat di pinggir bandar Fannie Bay tetapi tidak mencederakan haiwan reptilia besar yang tinggal dalam kurungan di kawasan belakang rumah, kata anggota bomba Bill Gleeson.
“Syukurlah buaya tidak menjejas operasi kami,” beritahu Gleeson kepada wartawan.
“Ia dikurung dengan baik dan jelasnya tidak terjejas oleh kebakaran. Ia nampak gembira melihat saya melindungi premis,” tambah Gleeson.
Ranjer hidupan liar Tom Nichols berkata buaya jarang ditemui di pinggir bandar Darwin. Haiwan peliharaan itu telah tinggal di rumah tersebut sejak itu sebelum buaya menjadi spesis dilindungi di bawah undang-undang persekutuan pada awal 1970.
Gleeson berkata tidak ada sesiapa di dalam rumah ketika anggota bomba tiba. Punca kebakaran sedang disiasat.
Pihak berkuasa masih belum memutuskan sama ada buaya akan dipindahkan.
Jumlah buaya telah meledak di seluruh kawasan tropika utara Australia sejak mereka menjadi spesis dilindungi selepas usaha memburu berdekad-dekad lamanya. Disebabkan buaya air masin boleh hidup sehingga 70 tahun dan membesar sepanjang hayat mereka, sehingga mencecah 7 meter panjang, jumlah buaya yang besar juga sedang meningkat. – AP