SUVA, 10 MEI – Digicel Fiji, pengendali telekomunikasi di negara itu, telah mula menguji rangkaian 5Gnya di ibu kota Suva, kata Kerajaan Fiji hari ini.
Digicel Fiji ialah pengendali mudah alih pertama di negara itu yang menguji rangkaian 5G, yang akan dijalankan selama 12 bulan.
Semasa berucap pada majlis pelancaran hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan dan Penerbangan Awam, Viliame Gavoka memberi jaminan komitmen kerajaan untuk menyokong pelancaran teknologi 5G di Fiji.
Gavoka menerangkan faedah rangkaian 5G terhadap kehidupan orang ramai dan ekonomi, dengan mengatakan bahawa bagi negara kepulauan seperti Fiji, kesalinghubungan adalah 10 kali ganda lebih penting.
Ketua pegawai eksekutif wilayah Digicel Fiji Pacific, Shally Jannif berkata Digicel menyokong penuh visi kerajaan untuk beralih kepada ekonomi digital dan pengumuman ujian 5G menunjukkan lagi komitmen Digicel terhadap Fiji dan teknologi. – Xinhua
