Digital World umum lima pemenang PS5

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Lima orang pelanggan bertuah telah dipilih untuk memenangi Sony Playstation 5 dalam cabutan yang diadakan sempena Minggu Promosi Digital World anjuran Digital World Enterprise, hari ini.

Pelanggan-pelanggan bertuah berkenaan ialah Dayang Syazana Sallehudin, Awang Amirul Amin, Jacky Sui, Awang Mohd Yusmin dan Minif Anak Laja Pengumuman pemenang cabutan bertuah tersebut telah dibuat melalui media sosial bagi mengelakkan perkumpulan ramai dan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Kempen cabutan bertuah telah di-adakan sejak 6 Disember 2020 dan men-dapat sambutan yang menggalakkan.

Dalam pada itu, Digital World Enterprise juga sedang mengadakan kempen cabutan bertuah Rush 2 Digital World dengan kerjasama NBT Brunei yang telah diadakan sejak tahun lalu.

Menerusi kempen itu, pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik di samping sebuah kereta Toyota Rush sebagai hadiah utama.

Sempena acara cabutan berkenaan, petak jualan makanan juga diadakan yang disertai oleh pengusaha makanan tempatan.

Selain itu, orang ramai turut berpeluang mendapatkan promosi bagi barangan elektronik, telefon bimbit, komputer, televisyen dan banyak lagi.

Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai barangan pada harga promosi yang ditawarkan sempena acara cabutan bertuah yang diadakan secara dalam talian kelmarin.