Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Digital World umum promosi baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Digital World Enterprise hari ini mengumumkan promosi Download and Win yang akan bermula esok hingga awal Mei depan.

    Promosi bertujuan untuk memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan apabila berbelanja dengan lebih selesa dan selamat.

    Orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi Digital World Enterprise dan mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan acara-acara penting yang akan datang anjuran Digital World.

    Untuk memenangi hadiah, orang ramai hanya perlu menjadi ahli Digital World Rewards secara maya apabila memuat turun aplikasi berkenaan.

    Antara syaratnya, orang ramai perlu memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi berkenaan, harus mengisi butir-butir peribadi secara lengkap, tidak perlu membeli-belah, pelanggan hanya akan menang sekali sahaja dan pemilihan pemenang akan dibuat secara
    rambang.

    Menurut Digital World, antara ciri-ciri aplikasi berkenaan, ahli akan dapat mengumpul mata untuk setiap jumlah perbelanjaan, semak mata terbaharu untuk menebus baucar, baucar dengan mata e-ahli, menggunakan baucar di kedai Digital World dan banyak lagi.

    Pelanggan kini juga boleh menggunakan kad e-ahli melalui aplikasi baharu itu dan menikmati semua faedah, kemudahan dan faedah eksklusif.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...