Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Digital World umumkan 9 pemenang bertuah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Para pemenang Promosi Download and Win dan Promosi Like and Share, yang berlangsung dari awal April hingga bulan ini, anjuran Syarikat Digital World Enterprise telah diumumkan dalam cabutan yang disiarkan secara langsung dari Regal Blue, Kampung Sungai Hanching, hari ini.

    Majlis menyaksikan pemilik akaun Instagram (IG) doubles.09 terpilih sebagai pemenang kempen Like and Share dan bakal membawa pulang televisyen TCL 32 inci.

    Manakala itu, bagi kempen Download and Win, hadiah pertama berupa iPhone 13 akan menjadi milik Awang Azry, diikuti oleh Dayang Mia binti Hamdan di tempat kedua dengan memenangi komputer riba MSI dan Pengiran Muhammad Saiful Fadlin bakal menerima Nintendo Switch Mario di tempat ketiga.

    Lima lagi pemenang bertuah kempen Promosi Download and Win akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik berupa Air bot Cordless Vacuum iroom 2.0, TV Pintar 32 inci dan Xiaomi Mi Humidifier serta banyak lagi.

    Cabutan nama-nama pemenang telah dibuat oleh Pengarah Urusan Interhouse, Steven Goh dan wakil-wakil rakan jenama Canon di Digital World Enterprise.

    Promosi berkenaan bertujuan untuk memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan apabila berbelanja dengan lebih selesa dan selamat. Orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi Digital World Enterprise dan mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan acara-acara penting yang akan datang anjuran Digital World.

    Untuk memenangi hadiah, orang ramai hanya perlu menjadi ahli Digital World Rewards secara maya apabila memuat turun aplikasi berkenaan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...