Dihadapkan ke mahkamah seludup dadah

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, atas dakwaan menyeludup 1.2kg methylamphetamine.

Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman tidak menerima sebarang pengakuan daripada Mas Fadillah bin Ibrahim, 32, atas dakwaan berkenaan sementara Timbalan Pendakwa Raya Affyian Abdul Rahman memaklumkan mahkamah bahawa analisis ke atas dadah berkenaan masih berjalan, yang diperlukan untuk memuktamadkan dakwaan terhadap defendan.

Mas Fadillah diwakili Peguam Pengiran Khairul Nizam bin Pengiran Haji Mohd Yassin dari Messrs Yusof Halim & Partners.

Mahkamah menangguhkan kes sehingga 23 Julai sementara mengarahkan defendan terus ditahan reman.