ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
ADAKAH ia sesuatu yang mustahil untuk jatuh cinta kepada seseorang yang tidak pernah kita jumpa, bercakap dan bertahun-tahun cahaya jauhnya?
Romy Silvers adalah satu-satunya kru kapal angkasa yang terselamat dalam ekspedisi mereka menuju ke planet baru.
Sebuah misi besar yang harus mereka galas, demi mencari penempatan kedua bagi umat manusia di antara bintang-bintang yang terdapat di angkasa.
Bersendirian di angkasa lepas, Romy adalah seorang gadis yang paling kesunyian di cakerawala sehinggalah dia mendengar berita bahawa sebuah lagi kapal angkasa telah dilancarkan dari bumi dengan seorang penumpang tunggal. Seorang pemuda dikenali sebagai J.

Mereka berhubungan sesama sendiri hanya melalui e-mel, dan oleh kerana faktor jarak e-mel tersebut hanya akan sampai kepada penerimanya setelah berbulan-bulan.
Akan tetapi Romy telah mendapati bahawa dirinya telah jatuh cinta. Namun apakah yang diketahui mengenai diri J yang sebenar?
Dan apakah maksud sebenar kepada pesanan-pesanan misteri yang diterimanya dari Bumi? Kadang-kadang keseorangan bukanlah sesuatu yang buruk.