Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Dihukum mati bunuh wanita hamil, curi janin

    HOUSTON, 13 NOV – Seorang wanita Texas berusia 29 tahun, Taylor Parker dijatuhi hukuman mati kerana membunuh kenalannya yang hamil pada Oktober 2020 untuk mengeluarkan dan mencuri janin dalam rahim mangsa.

    Menurut dokumen mahkamah, hukuman ke atasnya dijatuhkan Rabu lalu di Texas, selepas beberapa minggu perbicaraan yang bermula pada September lalu.

    Selama berbulan-bulan Parker memberitahu teman lelaki dan saudara-mara kononnya dia sedang hamil.

    Dia turut memberitahu berita kehamilan itu menerusi media sosial dan membeli perut silikon palsu.

    Bagaimanapun, apa yang dilakukannya adalah satu penipuan dan dia sebenarnya telah menjalani prosedur membuang uterus, histerektomi yang mengakibatkannya tidak berkeupayaan melahirkan anak.

    Pada 9 Oktober 2020, Parker pergi ke rumah kenalannya, Reagan Simmons-Hancock, 21, dalam tempoh beberapa bulan terakhir kehamilannya dan bertindak menikam mangsa lebih 100 kali.

    Selepas memotong perut mangsa untuk mengambil janin berkenaan, dia beredar meninggalkan anak perempuan mangsa berusia 3 tahun yang sedang tidur di bilik lain.

    Parker ditahan tidak lama selepas itu ketika memandu keretanya, kira-kira 15 kilometer dari lokasi pembunuhan itu. – AFP

    Gambar serahan Pusat Tahanan di Texarkana, Texas menunjukkan Taylor Parker. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...