Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dihukum penjara akibat curi kereta

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Dua lelaki yang mencuri sebuah kereta dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret, bermula hari ini.

    Mohamad Faizal Reza bin Kamari, 38, yang merupakan dalang dalam jenayah itu dijatuhi hukuman 10 bulan penjara manakala Mohd Reduan bin Judin, 32, dihukum lapan bulan penjara.

    Mereka didakwa mencuri kereta itu dari kawasan letak kereta Times Square antara Mac dan Mei 2018.

    Sementara itu, rakan mereka, Mohd Adi Affizi bin Abdul Latif, 22, pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan memohon untuk dibicarakan.

    Kertas pertuduhan menyebut, pemilik kereta meninggalkan keretanya itu di kawasan Times Square sejak Mac 2018 apabila enjin keretanya tidak dapat dihidupkan. Dia membuat laporan polis apabila mendapati keretanya hilang.

    Polis berjaya memberkas tertuduh dan menemukan semula kereta tersebut.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 13 Jun untuk menentukan tarikh perbicaraan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda