Dijangkiti COVID-19 buat Rossi kecewa

PARIS, 16 OKT – Pemenang MotoGP dunia tujuh kali, Valentino Rossi berkata kelmarin bahawa dia telah diuji positif koronavirus dan akan terlepas perlumbaan Grand Prix Aragon pada hujung minggu ini.

Pelumba Itali berusia 41 tahun itu berkata bahawa dia mungkin akan terlepas perlumbaan Grand Prix Teruel minggu hadapan di litar yang sama di Sepanyol.

“Malangnya, pagi ini saya merasa kurang sihat. Badan saya membengkak dan merasa sedikit demam, jadi saya segera memanggil doktor yang kemudian menjalankan ujian sebanyak dua kali,” kata Rossi dalam kenyataannya. “Keputusan ujian PCR yang pantas dihantar kepada saya pada pukul 4 petang dan malangnya telah disahkan positif. Saya sangat kecewa kerana bakal terlepas perlumbaan di Aragon.” Rossi, yang dalam musim terakhirnya bersama pasukan Yamaha, mengharungi musim yang sukar dengan mengalami kemalangan sebanyak tiga kali berturut-turut dan menyebabkannya menduduki tempat ke-13 di kejohanan dunia.

“Saya ingin merasa optimis dan yakin, tetapi menjangkakan pusingan kedua di Aragon tetapi tidak dapat. Saya sangat kecewa dan marah tetapi saya tetap melakukan yang terbaik untuk menghormati protokol dan meskipun saya telah diuji negatif pada Selasa, saya menjalankan pengasingan diri sejak tiba dari Le Mans,” tambahnya. – AFP

Valentino Rossi berkata bahawa dia telah diuji positif koronavirus dan akan terlepas perlumbaan Grand Prix Aragon. – AP