Dijangkiti COVID-19 satu menyiksakan – Chris Rock

Pelawak Chris Rock, 56, memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan mengingatkan orang ramai untuk terus menjaga keselamatan diri.

Rock berkongsi berita itu menerusi sebuah ciapan di Twitter dan menyifatkan ia satu pengalaman yang menyiksakan.

“Hai semua, saya baharu dapat tahu saya dijangkiti COVID-19. Percayalah kamu tidak inginkan ini (dijangkiti).

“Sila dapatkan vaksin,” katanya.

Bagaimanapun, Rock tidak berkongsi lanjut mengenai butiran jangkitan itu serta keadaan terkininya. Minggu lalu, pelawak itu dilihat ada keluar bersama rakan pelawaknya David Chappelle.

Mereka dilaporkan bersantai dan bergelak ketawa di jalanan tanpa mengenakan pelitup muka. Kali terakhir Rock terbabit penggambaran adalah menerusi sebuah filem arahan David O Russell pada tahun ini. 

Ia turut dibintangi Anya Taylor-Joy, Rami Malek dan Margot Robbie. – Agensi

Chris Rock baru-baru ini memaklumkan dia dijangkiti COVID-19. – Agensi