Dikebumi sebelah pusara ibu

HOUSTON, 10 JUN – Upacara pengebumian George Floyd diadakan semalam di gereja Fountain of Praise di Houston, selatan Amerika Syarikat (AS), dua minggu selepas menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam satu kejadian yang tragis, lapor agensi berita Xinhua.

Ratusan orang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir dan majlis memperingati mendiang turut diadakan di Minneapolis dan Carolina Utara.Bermula kira-kira 11 ​​pagi waktu tempatan, keluarga dan rakan  berkongsi kenangan mengenai Floyd sepanjang 46 tahun kehidupannya. Mendiang dibesarkan di Houston dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di negeri ini.  Bekas Naib Presiden AS Joe Biden turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Floyd melalui rakaman video. – Bernama