BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan dan seorang remaja perempuan warga penduduk tetap yang dikehendaki untuk membantu siasatan.
Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan telah dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak untuk membantu aduan bagi Ahmadi bin Umar (bawah, kiri) yang memegang kad pengenalan kuning bernombor 00-282445 dan Nor Najima Hanne’rah binti binti Muhamad Najib (bawah, kanan) yang memegang kad pengenalan ungu bernombor 31-016312.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua mereka sila hubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Tingkat 1 Bangunan Lama Ibu Pejabat Polis, Gadong melalui talian 2459500 sambungan 496 atau menerusi talian hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.