
Oleh Syahmi Hassan & Lyna Mohamad
Gambar oleh Syahmi Hassan & Hardy AJ
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W tahun ini, pelbagai pihak mengadakan Majlis Dikir di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya, semalam, juga telah mengadakan Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid Kampung Perpindahan Skim Tanah Rakyat Jati Lambak Kiri.
Hadir bagi mengepalai rombongan KKBS ke masjid berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)