Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Dilanda ribut solar, satelit SpaceX jatuh dari orbit

    CAPE CANAVERAL, 10 FEB – Kumpulan satelit terbaharu SpaceX terjatuh daripada orbit selepas dilanda ribut solar.

    Sehingga 40 daripada 49 satelit kecil yang dilancarkan minggu lalu telah memasuki semula atmosfera dan terbakar, atau hampir-hampir terjatuh, kata syarikat dalam pengemaskinian dalam talian malam kelmarin.

    SpaceX berkata ribut geomagnetik yang melanda pada Jumaat menjadikan atmosfera lebih tumpat, yang meningkat seretan ke atas satelit Starlink, sekali gus memusnahkan alat itu.

    Pengawal darat cuba menyelamatkan satelit kompak itu dengan meletakkannya dalam mod rehat dan menerbangkannya dalam cara untuk meminimumkan seretan. Namun tarikan atmosfera adalah terlalu kuat, dan satelit gagal naik ke orbit yang lebih tinggi dan stabil, menurut syarikat.

    SpaceX masih mempunyai kira-kira 2,000 satelit Starlink yang mengelilingi Bumi dan menyediakan perkhidmatan internet ke kawasan terpencil di dunia. Satelit yang dilanda ribut solar berada dalam kedudukan sementara. SpaceX sengaja melancarkannya ke orbit rendah berkenaan supaya mana-mana sisa yang tidak berguna boleh memasuki semula atmosfera dengan segera dan tidak menimbulkan ancaman kepada kapal angkasa lain.

    Tidak timbulnya risiko daripada satelit yang terjatuh berkenaan, sama ada di orbit atau di darat, menurut syarikat.

    SpaceX menyifatkan satelit yang hilang sebagai ‘situasi unik.’ Ribut geomagnetik sedemikian adalah berpunca daripada aktiviti solar yang kuat seperti api, yang boleh mengeluarkan plasma daripada korona matahari dan meluru keluar ke angkasa lepas menuju ke Bumi. – AP

    Gambar fail menunjukkan roket Falcon 9 SpaceX berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy pada 3 Februari 2022. Roket membawa satelit Starlink jatuh dari orbit disebabkan rebut geomagnetik. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...