Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Dilarang bersekolah, remaja perempuan Afghanistan beralih ke madrasah

    KABUL, 16 MAC – Di sebuah madrasah di ibu negara Afghanistan, deretan remaja perempuan menggeleng-gelengkan kepala sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran di bawah pengawasan seorang ulama.

    Bilangan sekolah Islam telah berkembang di seluruh Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos 2021, dengan remaja perempuan semakin ramai menghadiri kelas setelah mereka dilarang masuk ke sekolah biasa.

    “Kami tertekan kerana kami tidak dibenarkan bersekolah,” kata Farah, 16, dengan tudung menutup muka dan rambutnya.

    “Ketika itu keluarga saya memutuskan sekurang-kurangnya saya perlu datang ke sini.

    “Satu-satunya tempat terbuka untuk kita sekarang ialah madrasah.”

    Daripada matematik dan sastera, gadis-gadis itu menumpukan pada menghafal-Al-Quran dalam bahasa Arab, bahasa yang kebanyakannya tidak difahami oleh mereka. Mereka yang ingin mempelajari maksud ayat-ayat tersebut belajar secara berasingan, di mana seorang guru menterjemah menerangkan teks dalam bahasa tempatan mereka.

    Wartawan AFP telah melawat tiga madrasah di Kabul dan di bandar selatan Kandahar, di mana ulama berkata bilangan pelajar perempuan meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu.

    Bagi Farah, cita-citanya untuk menjadi seorang peguam musnah apabila pihak berkuasa Taliban menyekat akses pendidikan sekolah menengah bagi perempuan dan beberapa bulan kemudian melarang wanita daripada menghadiri universiti.

    “Impian semua orang lenyap,” katanya.

    Namun Farah, nama sebenarnya telah ditukar untuk melindungi identitinya seperti pelajar lain yang ditemuramah AFP untuk artikel ini, menganggap dirinya bertuah kerana ibu bapanya membenarkan dia menghadiri kelas tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...