Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dimitrov lega menang ‘hodoh’

    MELBOURNE, 18 Jan – Grigor Dimitrov berkata dia lega dia menang ‘hodoh’ selepas terselamat perlawanan pusingan kedua di Terbuka Australia, perlawanan yang dia akui akan dilupakan.

    Pemain ranking ketiga dunia dari Bulgaria berkenaan telah bermain sebaik-baikynya untuk mengalahkan pemain dunia ke-186 MacKenzie McDonald dalam perlawanan lima set di Rod Laver Arena semalam dan kekal berada dalam kejohanan tersebut.

    Dimitrov, yang tidak pernah melepasi peringkat separuh akhir Grand Slam, kelihatan akan keluar awal sebelum dia melawan pemain Amerika itu 8-6 dalam set kelima.

    “Ia merupakan satu hari yang sukar, saya mengakui itu. Saya tidak dapat menyembunyikannya. kadang-kadang kamu juga mendapat hari sebegini. Saya jatuh di bahagian yang baik,” katanya kepada wartawan. – AFP

    Dimitrov meraikan kemenangannya setelah mengalahkan McDonald pada rabu di Melbourne, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda