Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ‘Dinamik sifar COVID’ masih relevan dalam situasi semasa China

    BEIJING, 13 APRIL – Pendekatan ‘dinamik sifar COVID-19’ dan protokol antiwabak yang dilaksanakan di China adalah berasaskan sains serta nasihat pakar, dan selaras dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyifatkan pendekatan itu sebagai berkesan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat serta warga asing yang bermastautin di negara ini.

    “Secara keseluruhannya, pendekatan itu selari dengan keadaan sebenar kami (China) dan turut memberikan hasil yang diingini.

    “Jika diteliti dari segi jumlah kes jangkitan dan kematian serta data ekonomi, langkah-langkah yang kami ambil terbukti berkesan dalam mengekang penularan wabak,” kata Zhao semasa taklimat harian di sini, kelmarin.

    Pendekatan ‘dinamik sifar COVID-19’ dianggap sebagai senjata ajaib yang digunakan China untuk memutuskan rantaian wabak dengan lebih pantas dan secara bersasar di dalam negeri.

    Langkah itu juga masih relevan dalam usaha memerangi varian Omicron yang pantas menular ketika ini.

    Menurut Zhao, hasil daripada langkah pencegahan dan kawalan yang ketat, China mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mapan, di samping menyumbang kepada kestabilan rantaian bekalan global dan pemulihan ekonomi dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...