WASHINGTON – Filem dinosaur kini telah tiba untuk menguasai carta box office, menyingkirkan Maverick.
Jurassic World: Dominion meraih pendapatan besar dengan AS$143.4 juta dalam jualan tiket di Amerika Utara, menurut anggaran studio pada Ahad.
Termasuk pendapatan tayangan antarabangsa, filem itu mula ditayangkan pada hujung minggu lalu – Jurassic World: Dominion, dilancarkan di seluruh dunia oleh Universal Pictures, telah pun meraih AS$389 juta. Dan ia hanya satu permulaan.
“Kami berasa amat gembira,” kata Jim Orr, ketua pengedaran domestik Universal. Jurassic World: Dominion mempunyai penonton yang amat luas dan pelbagai dari segi segmen.
Hasil pendapatan yang besar itu merupakan satu lagi petanda bahawa box office terus mencatat pemulihan pada musim panas ini. Dengan kejayaan filem blockbuster seperti Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Top Gun: Maverick dan sekarang Jurassic World 3, penonton bakal kembali ke pawagam dengan lebih kerap.
Filem itu, yang telah melaporkan jualan AS$185 juta, tidak mengambil kira kos pemasaran dan promosi, dibuka di 4,676 layar perak di Amerika Syarikat dan Kanada, bermula dengan tayangan previu pada Khamis. Penonton terdiri daripada 56 peratus lelaki dan 54 peratus berusia lebih daripada 25 tahun, menurut Universal.
Pengkritik tidak menerima baik ekstravaganza dinosaur, tetapi penonton nampaknya seronok menonton filem itu berdasarkan tinjauan pendapat. Kaki wayang memberikannya pemeringkatan A- CinemaScore dan 81 peratus daripada penonton memberikan penilaian yang baik di Rotten Tomatoes, mencadangkan penyebaran mulut dari mulut akan menjadi lebih kukuh pada minggu-minggu akan datang.
“Awda ingin melihat dinosaur di layar besar, dan tidak kisah apa yang difikirkan oleh pengkritik,” kata Paul Dergarabedian, penganalisis media senior untuk Comscore.
Dan ramai kaki wayang memilih skrin terbesar mungkin. Di seluruh dunia, tayangan Jurassic World: Dominion di IMAX mewakili AS$25 juta daripada jumlah keseluruhan. Format 3D juga menyumbang kepada kira-kia 25 peratus daripada jualan tiket di seluruh dunia.
“Minat terhadap makhluk gergasi dalam francais filem ini masih amat tinggi, dan cara penonton ingin mengalami filem ini adalah dalam format 3D,” kata Travis Reid, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden Cinema for RealD, dalam satu kenyataan.
Kedua-dua filem Top Gun: Maverick dan Jurassic World: Dominion adalah kaveat penting untuk industri yang terus mempelajari pengajaran baharu mengenai tayangan era pandemik setiap minggu. Walaupun kedua-dua filem merupakan susulan daripada filem sebelumnya, ia bukan daripada jenis adiwira, yang, untuk sekian lama, kelihatan seolah-olah terdiri daripada satu-satunya genre yang tidak terjejas akibat pandemik.
Filem Top Gun: Maverick masih menikmati hasil pendapatan yang lumayan: Ia hanya merosot 44 peratus dalam hujung minggu ketiganya dengan kira-kira AS$50 juta untuk menduduki tangga kedua, sekali gus membawa jumlah pendapatan keseluruhan di Amerika Utara pada AS$393.3 juta. Filem ‘Doctor Strange 2’, dalam tayangan hujung minggu keenamnya, menduduki tempat ketiga dengan pendapatan AS$4.9 juta.
Hujung minggu ini hanya minggu ketiga dalam era pandemik di mana jumlah filem box office mengatasi angka AS$200 juta, menurut penjejak box office Comscore. Filem lain adalah Spider Man: No Way Home, pada Disember, dan Doctor Strange 2, pada Mei. Namun ia adalah kali pertama wujudnya ruang untuk dua filem mencatat prestasi yang amat memberangsangkan.
“Kebanyakan hujung minggu untuk filem blockbuster yang telah kami tayangkan pada era pandemik telah dikuasai oleh satu filem,” menurut Dergarabedian.
“Dalam kes ini, kami mempunyai dua blockbuster besar di pawagam sekali gus. Ia adalah rahsia kejayaan yang sedang dinanti-nantikan oleh pemilik pawagam sepanjang pandemik. Ia satu pencapaian yang penting.”
Dominion, hasil penerbitan bersama Universal Picture dan Amblin Entertainment, adalah filem ketiga dalam trilogi Jurasic World, yang bermula pada 2015 dan memperkenalkan watak Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard. Siri terbaharu membawa balik pelakon Laura Dern, Sam Neill dan Jeff Goldblum daripada fikem arahan Steven Spielberg Jurassic park pada 1993.
Colin Trevorrow, yang mengelola trilogi World dan mengarah filem pertama, kembali untuk mengarah Dominion, di mana dinosaur tidak lagi dikurung dan belalang juta mengancam bekalan makanan dunia.
Penerbit filem mengatakan Dominion disasarkan menjadi filem terakhir Jurassic World, yang telah pun mengaut keuntungan besar dengan jualan tiket berjumlah lebih AS$3 bilion. Filem pertama memperoleh lebih AS$1.7 bilion sahaja di seluruh dunia. Termasuk trilogi asal Jurassic Park, jumlah tersebut melambung naik kepada AS$5 bilion.
Filem Jurassic World 3 harus menerima sambutan baik sepanjang musim panas, kata Orr.
Universal Pictures juga mempunyai beberapa tayangan filem menarik yang dijangka dilancarkan pada minggu-minggu akan datang, termasuk filem seram The Black Phone, Minions: The Rise of Gru dan filem arahan Jordan Peele, Nope. Dan undi kepercayaan di pawagam adalah amat cerah.
“Segala-galanya merupakan permulaan yang hebat kepada musim panas kami,” kata Orr. – AP
Carta Box Office Mingguan
1. Jurassic World: Dominion, AS$143.4 juta.
2. Top Gun: Maverick, AS$50 juta.
3. Doctor Strange in the Multiverse of Madness, AS$4.9 juta.
4. The Bob’s Burgers Movie, AS$2.3 juta.
5. The Bad Guys, AS$2.3 juta.
6. Downton Abbey: A New Era, AS$1.7 juta.
7. Everything Everywhere All At Once, AS$1.3 juta.
8. Firestarter, AS$820,000.
9. Sonic the Hedgehog 2, AS$710,000.
10. Ante Sundaraniki, AS$620,000.