Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dior persembah gaya ‘couture’ moden

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    GAYA ‘couture’ sering dikaitkan dengan tema fantasi, ekstravaganza, alam ghaib dan luar biasa sehingga ia hanya sesuai digayakan di atas pentas peragaan tetapi tidak untuk menghadiri majlis-majlis tertentu.

    Maria Grazia Chiuri, salah seorang pereka pakaian untuk jenama terkemuka Dior, cuba lari daripada anggapan yang sangat tipikal itu apabila beliau mempersembahkan kehebatan rekaan busana beliau dalam pelbagai gaya dan fesyen di pentas peragaan yang bertemakan ala taman yang menghijau.

    Apa yang cuba ditonjolkan dalam koleksi gaya ‘couture’ terbaru dari Dior adalah suatu gaya yang moden, tidak sarat dan setentunya ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di mana ia bukan hanya untuk dipentaskan di pentas peragaan.

    Justeru, Chiuri telah menghasilkan rekaan busana berdasarkan inspirasi daripada apa yang sesuai untuk digayakan pada majlis malam tarian iaitu gaun formal yang diberikan sentuhan ekstravaganza agar ia kelihatan unik dan menarik.

    Unsur dramatik dengan penggunaan warna hitam dan bohemian melalui penggunaan kain lace jelas kelihatan dalam kebanyakan busana yang diperagakan dalam koleksi ini.

    Istimewanya gaya ‘couture’ yang ditonjolkan oleh Chiuri dalam koleksi terbaru Dior ini tidak hanya menumpukan kepada gaun malam sebagai gaya utama malah ia juga turut divariasikan dengan pelbagai fesyen merangkumi seluar panjang, skirt labuh dan juga cape.

    Setentunya dengan rekaan yang selesa dipakai, tidak sarat dan menarik ini akan membuatkan koleksi gaya ‘couture’ moden dari Dior ini menjadi pilihan untuk digayakan ke majlis-majlis formal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda