Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Dipecat gara-gara komen seksisme

    TOKYO, 19 APRIL – Sebuah syarikat makanan segera paling popular di Jepun hari ini mengatakan ia telah memecat eksekutif tertinggi yang dilaporkan mencadangkan strategi pemasaran bagi ‘anak dara ketagih’ dengan produk syarikat.

    Yoshinoya yang mengoperasi rangkaian restoran menawarkan hidangan daging dalam mangkuk murah di Jepun dan luar negara, tidak segera mengesahkan komen tepat dibuat oleh Masaaki Ito, yang merupakan pengarah urusan.

    Dalam satu kenyataan, syarikat mengatakan dia dipecat kerana ‘kata-kata dan kelakuan yang tidak dapat diterima.’

    Ito dilaporkan berkata bahawa firma itu sepatutnya cuba untuk ‘menarik anak dara ketagih’ dengan makanan Yoshinoya kerana ‘sebaik sahaja lelaki membelanja mereka dengan makanan mahal, mereka tidak akan makan hidangan daging mangkuk lagi.’

    Komennya disiarkan di media sosial oleh orang yang mengatakan mereka menghadiri ceramah universiti di mana dia berucap.

    Pemecatannya dibuat selepas kemarahan terhadap komen di portal media sosial, dengan seorang bekas penggubal undang-undang berkata, kenyataan itu berbaur seksisme dan menjijikan, dalam ciapannya di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...