Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara 10 tahun memperhamba wanita Yazidi

    THE HAGUE, 12 DIS – Mahkamah Belanda kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang wanita kerana menahan seorang wanita daripada minoriti Yazidi sebagai hamba selepas menyertai kumpulan Islamic State (IS) di Syria.

    Mahkamah di The Hague mensabitkan kesalahan wanita berusia 33 tahun dari Hengelo di timur Belanda, yang dikenali sebagai Hasna A, kerana ‘perhambaan, menjadi ahli organisasi pengganas, mempromosikan jenayah pengganas dan membahayakan anak lelakinya.’

    Dia mengunjungi Syria pada 2015 bersama anaknya, berusia empat tahun ketika itu, kata mahkamah. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang pejuang IS dan mempunyai seorang anak.

    Antara Mei hingga Oktober 2015, dia tinggal bersama seorang lagi pejuang IS, yang menjadikan seorang wanita Yazidi sebagai hamba.

    Menurut mahkamah, Hasna A menyuruh wanita Yazidi itu melakukan kerja rumah untuknya dan menjaga anaknya.

    “Hasna A memperhambakan wanita Yazidi itu kerana mengetahui tindakannya menyumbang kepada serangan meluas dan sistematik terhadap masyarakat Yazidi,” kata mahkamah. – AFP

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda