Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Dipenjara 20 tahun, 12 sebatan rogol anak saudara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Seorang warga tempatan berusia 43 tahun yang merogol anak saudaranya berulang kali selama beberapa bulan telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi, kelmarin.

    Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli berpuas hati bahawa Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi telah membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.

    Insiden itu berlaku antara November 2020 dan Februari 2021 di sebuah rumah keluarga yang didiami defendan bersama anak saudaranya, yang ketika itu berusia 14 tahun.

    Semasa perbicaraan, pihak pendakwa memanggil enam saksi terhadap defendan dan mengemukakan bukti bahawa rogol itu berlaku beberapa kali.

    Mangsa turut memberi keterangan bahawa kali pertama dia dirogol oleh defendan adalah pada pagi November 2020 ketika dia berehat di rumah kerana tidak sihat.

    Mahkamah mendengar daripada mangsa bahawa defendan biasanya akan memanggilnya ke biliknya dengan alasan meminta mangsa menjaga anak-anaknya yang masih kecil, sebelum merogol mangsa.

    Ia berakhir pada Mac 2021 apabila mangsa akhirnya mendedahkan kepada ahli keluarganya bahawa defendan telah menderanya secara seksual, yang membawa kepada laporan polis segera dibuat.

     

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...