Dipenjara 25 tahun pukul isteri hingga mati

VESOUL, PERANCIS, 22 NOV – Sebuah mahkamah di Perancis semalam menjatuhi hukuman penjara 25 tahun ke atas Jonathan Daval kerana membunuh isteri dan membakar mayatnya, dalam kes yang mengejutkan negara.

Warga Perancis berusia 36 tahun itu kelihatan tenang apabila keputusan dibacakan. Dia menoleh dan memandang ahli keluarganya yang hadir.

Sebelum itu, dia berkata ‘maaf, maaf’ dalam kandang orang salah, melihat kepada ibu bapa isterinya.

Daval mengaku memukul isterinya hingga mati dan membakar mayatnya dalam hutan selepas melaporkan kehilangannya.

Mayat rentung Alexia Daval ditemui di bawah dahan pokok berhampiran bandar Gray-la-Vlle di timur Perancis pada Oktober 2017. Daval pada mulanya berkata Alexia, pekerja bank berusia 29 tahun, telah keluar berjoging dan tidak pulang.

Peguam bela Ornella Spatafora berkata tidak adanya rayuan yang dikemukakan ke atas hukuman itu.

Pendakwa berkata pekerja IT itu mengaku dia memukul isterinya semasa pertengkaran, menghentak mukanya pada dinding konkrit dan mencekiknya. – AFP