Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dipenjara 4 bulan tinggal melebihi tempoh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Seorang wanita warga Indonesia berusia 47 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan kerana tinggal lebih masa di negara ini.

    Umiasih tinggal lebih masa selama 806 hari apabila pas lawatannya tamat tempoh pada 27 Januari 2020.

    Dia telah memasuki negara ini melalui Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 13 Januari 2020.

    Majistret Harnita Zelda Skinner selanjutnya mendengar daripada Pendakwa Imigresen Adi Yusra Adnan bahawa defendan telah dibawa bagi menjalani siasatan yang akhirnya membongkar kesalahan tersebut apabila anggota penguat kuasa imigresen melakukan pemeriksaan di sebuah gerai sayur yang terletak di STKRJ Kampung Lambak Kiri pada petang 13 April.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...