Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Seorang warga Indonesia berusia 44 tahun, kelmarin, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan berserta empat kali sebatan selepas dia mengaku bersalah tinggal lebih masa selama lebih lapan tahun di negara ini.
Siswohadi ditahan di sebuah bilik sewa di Kampung Tungku Gadong ketika penguat kuasa imigresen melakukan serbuan pada 12:30 pagi, 5 September lalu.
Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni selanjutnya mendengar daripada Pendakwa Imigresen Mohd Zul Azri Haji Ranee bahawa defendan telah tinggal lebih masa sejak pas kerjanya tamat tempoh pada 3 September 2015 sehingga dia ditangkap.
Siasatan imigresen juga mendapati defendan telah dilaporkan sebagai pekerja yang melarikan diri.
