Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Dipenjara lebih 5 tahun rancang tindakan keganasan

    FRANKFURT, 15 JULAI – Mahkamah Jerman hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun setengah ke atas seorang bekas tentera yang merancang serangan ganas terhadap ahli kanan politik sementara menyamar sebagai pelarian Syria.

    “Tertuduh didapati bersalah kerana merancang melakukan tindakan ganas serius yang membahayakan kerajaan,” kata ketua hakim Christoph Koller.

    Perbicaraan yang telah lama tertangguh itu telah menunjukkan mengenai golongan neo-Nazi di kalangan tentera Jerman dan disifatkan oleh menteri dalam negeri sebagai ancaman terbesar negara.

    Defendan ialah Franco Albrecht, 33, bapa kepada tiga orang anak, dihadapkan ke mahkamah tinggi perantaraan di bandar barat Frankfurt sejak Mei 2021.

    Bekas leftenan dari Bundeswehr itu didapati menyasarkan menteri-menteri kabinet, ahli parlimen dan seorang aktivis hak asasi manusia Yahudi yang terkenal. Albrecht memberitahu mahkamah bahawa dia telah menipu pihak berkuasa pada kemuncak perpindahan pendatang pada 2015 dan 2016.

    Bekas tentera itu, anak kepada ibu berbangsa Jerman dan bapanya adalah pendatang dari Itali, menyamar sebagai penjual buah-buahan dari Damascus yang menggelar dirinya dengan nama David Benjamin.

    Albrecht menggelapkan warna kulitnya dengan alat solek untuk menyamar sebagai pendatang asing dan menipu pegawai imigresen selama 15 bulan, walaupun tidak fasih bercakap bahasa Arab.

    Dia ditahan pada 2017 ketika berusaha untuk mengambil sepucuk pistol yang disoroknya di dalam jamban lapangan terbang antarabangsa Vienna, dan penipuan itu berjaya diketahui apabila cap jarinya sama dengan dua identiti yang berbeza.

    Mahkamah mendapati bahawa Albrecht merancang untuk menggunakan pistol dan bahan letupan untuk melakukan serangan.– AFP

    Mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun setengah kepada bekas tentera Jerman, Franco Albrecht atas kesalahan merancang tindakan serangan keganasan terhadap ahli politik. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...