Dipenjara setahun akibat pecah amanah
Oleh Rafidah Jumat BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seorang kakitangan awam dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Perantaraan selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah. Yahya/Yahaya bin Haji Budin yang berkhidmat selama 28 tahun di Terminal Serasa, Pelabuhan Muara telah menggelapkan wang $14,802 dalam beberapa kejadian berasingan antara September 2013 hingga Mac 2014, ketika bertugas






















