Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Dipenjara seumur hidup cekik isteri hingga mati

    ATHENS, 17 MEI – Seorang juruterbang warga Greece semalam menerima hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh isteri dan anjing dalam jenayah yang mengejutkan negara itu tahun lalu.

    Babis Anagnostopoulos, juruterbang helikopter berusia 33 tahun, didapati bersalah atas semua dakwaan – membunuh dengan niat, mendera haiwan, memperdaya pihak berkuasa dan bersumpah bohong, beritahu peguam untuk keluarga mangsa kepada pemberita.

    Hukuman penjara seumur hidup di Greece adalah 25 tahun, dan Anagnostopoulos menerima hukuman penjara tambahan 10 tahun kerana membunuh anjing peliharaannya serta 18 bulan kerana berbohong kepada polis, beritahu peguam Thanassis Harmanis kepada wartawan.

    Caroline Crouch ditemui mati pada Mei tahun lalu, beberapa minggu sebelum menyambut hari kelahirannya ke-20 di kediaman pasangan itu di Gkyka Nera, pinggir bandar timur laut Athens.

    Dia dicekik hingga mati di atas katil di loteng rumah oleh suaminya, dalam apa yang digelar pendakwa sebagai kematian ‘menyeksakan.’

    “Dalam masa enam minit dan 42 saat, wanita itu lemas dalam tangan suaminya,” beritahu Harmanis kepada wartawan.

    “Ia adalah jenayah yang amat kejam,” katanya.

    Pendakwa Evgenia Stathoulopoulou berkata juruterbang helikopter berpengalaman itu menggunakan berat badannya untuk menindih isterinya, seorang ahli karate terlatih, daripada melawan balik.

    “Ia adalah perbuatan seorang pengecut, anak perempuan saya memegang tali pinggang hitam dalam karate dan dia tahu dia bukan lawan anak perempuan saya jika bukan disebabkan dia tidur pada masa itu,” bapa Crouch beritahu Daily Mail pada Julai lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...