Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Dipenjara seumur hidup tembak mati juruwang

-

BAD KREUZNACH, 13 SEPT – Seorang lelaki warga Jerman berusia 50 tahun dipenjara seumur hidup kerana menembak mati juruwang stesen minyak pada September tahun lalu, hanya kerana dia diarah memakai pelitup muka.

Tragedi di bandar Idar-Oberstein itu berlaku selepas lelaki terbabit berang akibat diminta memakai pelitup muka ketika membeli minuman bir.

Pergaduhan berlaku apabila juruwang yang juga pelajar, Alex W, 20, meminta lelaki berkenaan, Mario N, memakai pelitup muka, seperti yang diwajibkan di Jerman ketika itu.

Lelaki terbabit keluar dan kembali dengan memakai pelitup muka, namun membukanya semula ketika membeli bir, menyebabkan satu lagi pertengkaran.

Mario kemudian mengeluarkan sepucuk revolver dan menembak juruwang itu di kepala. – AFP

Gambar menunjukkan stesen minyak di mana seorang lelaki menembak mati juruwang disebabkan disuruh memakai pelitup muka. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -