Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Diperas ugut, remaja bunuh diri

    KAHERAH, 7 FEB – Pihak berkuasa di Mesir mendakwa lima individu atas tuduhan memeras ugut menggunakan imej yang diubah suai, selepas seorang remaja membunuh diri.

    Media tempatan melaporkan bahawa Heidi, 15, membunuh diri pada awal Februari dan ia adalah kejadian kedua seumpamanya dalam tempoh beberapa minggu.

    Kes remaja perempuan itu sama dengan kes Basant Khaled, 17, seorang lagi penduduk di utara Mesir, yang membunuh diri pada Disember tahu lalu, dalam keadaan hampir sama.

    Kes itu menimbulkan rasa simpati dan kemarahan orang awam, yang menuntut pesalah dihukum seberat mungkin.

    Dalam satu kenyataan semalam, pihak pendakwaan awam memaklumkan Heidi diperas ugut menggunakan imej yang ubah suai.

    Menurut kenyataan sama, gambar Heidi dikongsikan berikutan perselisihan faham antara ibu mangsa dan jirannya.

    Katanya, kelima-lima individu terbabit akan dihadapkan ke mahkamah dan didakwa kerana mengugut mangsa, Heidi dan kakaknya melalui aplikasi media sosial.

    Mereka didakwa mengugut mahu menyebarkan imej tidak senonoh yang dikaitkan dengan mangsa dan mencemar kesucian hidup peribadinya.

    Mesir, negara Asia Barat yang paling ramai penduduk, adalah masyarakat konservatif di mana gangguan terhadap wanita berlaku secara berleluasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...